MEMACU Inisiatif Pembekalan Produk Daging Halal

oleh PIJ Manufacturing bagi membina keyakinan rakyat Johor.

MEMPERKASA jenama PIJM

sebagai pembekal daging Halal utama dan diyakini rakyat Johor.

MEMPERKUKUH keterangkuman rantaian pembekalan lembu, produk ternakan lembu

dan daging Halal yang merangkumi aktiviti perniagaan huluan dan hiliran.

KENALI KAMI

PIJ Manufacturing Sdn Bhd

PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJM) ialah anak syarikat PIJ Holdings Sdn Bhd, entiti milik penuh Perbadanan Islam Johor. Ditubuhkan pada 29 Oktober 1994, sebelum ini dikenali sebagai Perisind Manufacturing Sdn Bhd. Perisind Manufacturing Sdn Bhd telah dikorporatkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar bernilai RM10 juta. Terlibat dalam Industri Ruminan Lembu merangkumi makanan ternakan, ladang fidlot, serta pemasaran dan jualan daging melalui Usahawan Bumiputera Islam. Pada 10 Ogos 2009, Perisind Manufacturing Sdn Bhd kemudiannya menukar namanya kepada PIJ Manufacturing Sdn Bhd.

SENARAI VENDOR TERKINI

PROMOSI LEMBU KORBAN & AQIQAH

PIJ NAPIER VALLEY

Program Infaq Daging Lembu

Agihan daging ke masjid dan surau untuk masakan bubur lambuk & iftar Ramadan 1444H

INFAQ RM18

Sedikit kita, bermakna untuk mereka

RAKAN NIAGA

SIJIL PENGESAHAN HALAL JAKIM

SOALAN LAZIM

 

Apa itu PIJM?

PIJM adalah nama singkatan untuk PIJ Manufacturing Sdn Bhd. PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJM) adalah anak syarikat milik penuh PIJ Holdings Sdn Bhd (PIJH), salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Johor. Manakala, PIJH merupakan sebuah syarikat pemegangan pelaburan milik Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ). PIJM juga adalah jenama produk sejuk beku keluaran PIJ Manufacturing

Adakah PIJ Manufacturing mempunyai cawangan di luar Kawasan Johor?

Tidak ada. Pejabat PIJ Manufacturing hanya terletak di Taman Perbadanan Islam Larkin, Johor Bahru

Adakah produk sejuk beku PIJM HALAL?

Ya, produk sejuk beku PIJM adalah HALAL.

Di manakah saya boleh dapatkan produk sejuk beku PIJM?

Produk sejuk beku PIJM boleh didapati di semua pengedar atau boleh terus membeli secara atas talian di laman web https://pijm.edagang.my/

Bagaimana saya ingin mendaftar sebagai pengedar produk sejuk beku PIJM?

Anda boleh terus menghubungi kami melalui Whatssapp 0196362640 atau tekan link ini https://DaftarPengedarPIJM.wasap.my dengan memberi kami nama dan alamat anda.

Apakah pakej program Lembu Korban Aidiladha yang ditawarkan oleh PIJM?

PIJM menawarkan tiga pakej Korban iaitu, Lembu Gred B : Seekor RM5,390, Sebahagian RM770, Seterusnya Lembu Gred A : Seekor RM5,950, Sebahagian RM850, dan yang terakhir Lembu Premium : Seekor RM7000, Sebahagian RM1000

Apakah perbezaan pakej Gred B, Gred A dan Premium?

Perbezaan bagi ketiga-tiga pakej ini adalah pada saiz lembu tersebut. Untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej ini, boleh terus berhubung dengan wakil jualan kami.

Dapatkan daging halal anda di sini.

Daging sejuk beku segar, bersih, halal dan diyakini.

© 2023 Hakmilik PIJ Manufacturing Sdn Bhd

Scroll to Top